Salam sejahtera,

Pernahkah anda mengalami masalah terlupa serial key selepas install sesuatu program?

Anda mencari-cari data terperinci komputer?


Salah satu program yang boleh digunakan untuk mengetahui secara terperinci serial key program yang sudah di install, profail komputer, profail hardware dan juga antivirus adalah menggunakan perisian bernama Belarc Advisor.
Contohnya, dengan Belarc Advisor, kita dapat mengetahui serial key Windows, Microsoft Office, Antivirus dan sebagainya.

Apa yang menariknya?
1. Data yang dihasilkan hanya untuk kegunaan komputer anda sahaja. Ia bermakna, selepas data dikumpul oleh Belarc Advisor, ia tidak akan dihantar kepada pengendali Belarc Advisor atau mana-mana website. Hanya komputer anda yang mempunyai data tersebut. Jadi, segala data adalah selamat untuk anda.

2. Belarc Advisor akan mencari semua maklumat mengenai komputer anda, program yang sudah di install beserta serial key dan memaparkan untuk tujuan simpanan dan rujukan anda pada masa akan datang.

3. Belarc Advisor adalah percuma dan hanya perlu download dan install sahaja pada komputer.
Saya sendiri pernah menggunakan Belarc Advisor pada suatu komputer yang ingin diformat. Kemudian, berdasarkan data terutamanya serial key, saya dapat install semula program tersebut. Lebih menjimatkan masa tanpa memerlukan saya mencari-cari serial key ditempat lain.

Untuk membaca lebih lanjut dan muat turun, boleh layari www.belarc.com
Selamat mencuba.